Hukum Bacaan Idham Mimi atau Idgham Mislain Soghir
Hukum bacaan idgham mimi |
Artikel berikut berisi materi hukum bacaan idgham mimi atau idgham mitslain. Saya telah pun menerangkan dalam artikel yang lepas bahawa tujuan kita belajar bab Hukum Mim Sukun ialah kerana untuk mengetahui cara yang betul bagaimana melafazkan bunyi Mim Sukun bertemu dengan huruf hijaiyah.
Jadi, pada artikel kali ini insyaAllah kita akan mempelajari hukum bacaan yang pertama. Apabila Mim Sukun bertemu dengan huruf hijaiyah, maka akan wujud tiga hukum bacaan mengikut kaedah tajwid, iaitu:
1. Idgham Mislain Saghir
1. Idgham Mislain Saghir
Hukum ini berlaku apabila huruf mim yang bertanda sukun (pertama) bertemu dengan huruf mim yang berbaris (kedua). Maka huruf mim bertanda sukun itu wajiblah dimasukkan ke dalam huruf mim yang berbaris dan mengekalkan sifat dengungnya sebanyak dua harkat. Inilah yang dimaksudkan dengan Idgham iaitu memasukkan.
Manakala maksud Mislain Soghir pula ialah dua yang semisal kecil. Maksud semisal ini ialah dua huruf yang sama dari segi makhraj dan sifatnya, iaitu huruf mim. Dinamakan dengan kecil pula ialah kerana huruf mim yang pertama bertanda sukun dan huruf mim yang kedua berbaris.
Tetapi apa yang peting dan perlu diberikan perhatian ialah pada cara bacaannya. Ini kerana tiada gunanya kalau kita mengetahui secara terperinci maksud yang saya sebutkan tadi, tapi salah dari segi bacaannya.
Contoh Idgham Mimi
Telah pun saya nyatakan tadi bahawa hukum bacaan Idgham Mislian Saghir ialah wajib dimasukkan huruf mim yang bertanda sukun ke dalam huruf mim yang berbaris. Sila lihat contoh di bawah:
عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ
Anda lihat pada kalimah di atas. Huruf mim yang bertanda merah ialah huruf mim yang pertama yakni bertanda sukun. Manakala huruf mim yang berwarna biru pula adalah huruf mim kedua yakni yang berbaris. Satu perkara yang dapat kita ketahui berdasarkan contoh di atas ialah hukum ini hanya berlaku di dalam dua kalimah sahaja dan tidak akan berlaku di dalam satu kalimah.
Al Qur'an cetakan Madinah |
Penulis : Abdullah Idris ( guru KAFA )
Dapatkan gambaran menyeluruh tentang tajwid di artikel hukum tajwid lengkap beserta contohnya.