Hukum Membaca Basmalah Sebelum Membaca al Qur'an

Hukum Membaca Basmalah Sebelum Membaca al Qur'an

Assalamualaikum pembaca sekelian, berikut ini artikel tentang hukum membaca basmalah sebelum membaca al Qur'an. Disini juga belajar cara bacaan

Konten [Tampil]

Hukum Membaca Basmalah Sebelum Membaca al Qur'an

Assalamualaikum pembaca sekelian, berikut ini artikel tentang hukum membaca basmalah sebelum membaca al Qur'an. Disini juga belajar cara bacaan basmallah yang terbagi menjadi 3. Yuk kita belajar bersama !


hukum membaca basmallah sebelum membaca al Quran
Hukum membaca basmallah sebelum membaca al Quran


Hukum Membaca Basmallah

Dalam entri lepas saya yang berkaitan dengan hukum tajwid, kita telah pun mengetahui tentang hukum dan cara bacaan Isti’azah. Saya yakin yang anda sudah pun faham dengan pelajaran tersebut sebab tiada sebarang pertanyaan pun. Itu tandanya fahamla kan. Tetapi sekiranya ada sebarang kemusykilan, saya harap janganlah anda malu untuk bertanya yer.


InsyaAllah dalam entri kali ini, kita sama-sama akan mempelajari tentang satu lagi bab di dalam ilmu tajwid iaitu Hukum dan Cara Bacaan Basmallah. Para ulama’ telah pun bersepakat bahawa hukum membaca Al-Basmallah di setiap awal surah adalah sunat kerana kalimah Al-Basmallah telah tertulis padanya. Tetapi tidak termasuk di dalam hukum sunat ini pada surah al-Fatihah kerana Al-Basmallah adalah satu daripada ayat daripadanya, maka hukum membaca Al-Basmallah pada awal surah al-Fatihah adalah wajib.


Begitu juga tidak termasuk di dalam hukum sunat ini ialah surah al-Baraah, atau at-Taubah. Ini kerana apabila anda hendak memulakan bacaan pada surah al-Baraah, anda tidak diharuskan memulakannya dengan Al-Basmallah kerana ia tidak tertulis pada surah al-Baraah. Dan selain itu juga surah al-Baraah diturunkan ketika berlakunya peperangan. 


Tapi, bagaimana pula sekiranya anda memulakan bacaan di pertengahan surah? Perlukah dimulakan dengan Al-Basmallah?


Jawapannya ialah sunat anda memulakan bacaan dengan Al-Basmallah ketika dipertengahan surah atau di mana-mana bahagian ayat di dalam al-Quran. Ini kerana Nabi telah bersabda di dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Abdu Daud yang bermaksud:


“Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillahir-Rahmanir-Rahim, maka terputuslah keberkatannya” (Riwayat Abu Daud)


Saya rasa kita semua sudah sedia maklum dengan lafaz al-Basmallah ni kan. Lafaznya adalah seperti di bawah:


Ertinya :  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Cara Membaca Basmallah

Sekarang mari kita sama-sama melihat  bagaimana  cara untuk memulakan bacaan al-Basmallah diantara dua surah. Sekiranya anda telah menamatkan bacaan pada akhir sesuatu surah, kemudian ingin meneruskan pula bacaan anda dengan surah yang baru, maka anda diharuskan memulakan bacaan dengan tiga cara di bawah.


1) Cara yang pertama ini adalah anda berhenti di akhir surah dan berhenti pada Basmallah. Kemudian dengan nafas yang baru anda memulakan bacaan awal ayat surah yang baru. Inilah cara yang paling utama untuk anda gunakan. Sebagai contoh sila lihat ayat di bawah.


Bagi contoh di atas ialah dari akhir surah al-Kauthar. Maksud tanda bulat bewarna merah itu ialah tempat untuk berhenti. Selepas akhir ayat surah tersebut, anda berhentikan bacaan. Kemudian membaca Basmallah dan berhenti. Dan kemudian dengan nafas baru anda menyambung dengan surah baru, iaitu surah al-Kafirun.


2) Cara yang kedua pula ialah anda berhenti diakhir surah. Kemudian anda menyambung bacaan Basmallah dengan awal surah. Anda boleh lihat contoh di bawah:


Dalam contoh di atas kalau anda perhatikan, diantara Basmallah dan awal surah al-Kafirun tidak terdapat tanda berhenti, iaitu yang saya tandakan dengan bulat berwarna merah. Ini untuk menunjukkan bahawa anda terus menyambung bacaan diantara Basmallah dengan awal surah.


3) Untuk cara yang ketiga pula ialah anda menyambungkan semuanya sekali, iaitu menyambungkan terus bacaan akhir surah, Basmallah dan awal surah sekaligus dengan satu nafas. Anda boleh lihat contoh ayat di bawah:


Pada contoh di atas, dapat diperhatikan bahawa tiada langsung tempat untuk berhentikan bacaan samada di akhir surah atau Basmallah. Ini kerana anda menyambungkan terus semuanya. Ini selalunya cara yang digunakan oleh para penghafaz al-Quran.


Ini supaya mereka dapat mengulang hafazan mereka dalam waktu yang singkat. Tetapi kalau anda nak menggunakan juga cara yang ketiga ini tidak menjadi masalah, asalkan anda mempunyai nafas yang panjang.


Namun perlu saya ingatkan di sini bahawa terdapat satu cara yang tidak dibolehkan untuk membacanya. Ini kerana sekiranya anda menggunakan cara bacaan ini, ianya akan menimbulkan sangkaan yang salah iaitu Basmallah adalah akhir daripada surah. Sila lihat contoh di bawah:


Perhatikan tanda berhenti iaitu bulat bewarna merah yang saya letakkan di akhir Basmallah. Ini menunjukkan bahawa anda memberhentikan bacaan pada Basmallah, tetapi sebelum itu anda telah pun menyambungkan bacaan di akhir surah dan Basmallah. Cara inilah yang tidak dibolehkan seperti yang telah saya terangkan di atas. 

Penulis : Abdullah Idris ( guru KAFA )

Semoga artikel hukum membaca basmalah sebelum membaca al Qur'an ini membantu mempermudah belajar membaca Al Qur'an.

download ebook tajwid lengkap gratis



LihatTutupKomentar