Syarat dan Rukun Bacaan Al-Quran
Syarat dan rukun bacaan al Quran : Apabila anda melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya, tentunya anda tahu dan telah sedia maklum bahawa dalam ibadah-ibadah itu terdapat syarat dan rukun-rukun yang perlu ditunaikan.
Syarat dan rukun bacaan al Quran |
Tetapi sedarkah anda bahawa dalam bacaan al-Quran juga ada syarat-syarat dan rukun-rukun yang perlu anda tunaikan? Sekiranya anda sedar, adakah anda tahu apakah syarat-syarat dan rukun-rukun tersebut?
Sebelum saya pergi kepada rukun-rukun dan syarat-syarat tersebut, perlu saya ingatkan di sini bahawa apabila anda telah mengetahui hukum-hukum tajwid seperti Izhar, Idgham, Ikhfak dan pelbagai lagi hukum yang ada di dalam ilmu tajwid, anda mestilah berjumpa dengan ustaz pembaca al-Quran atau ahli qiraat yang bersanad sahih dalam bidang al-Quran.
Tujuannya adalah untuk mendengar dan melihat bacaan mereka kerana inilah satu-satunya syarat yang wajib untuk mempelajari membaca al-Quran secara Talaqqi dan Musyafahah. Dibawah ini saya senaraikan rukun-rukun bacaan al-Quran.
Rukun Bacaan Al Quran
Rukun-rukun bacaan itu ada tiga perkara:
1. Bacaan Yang Mempunyai Sanad Yang Sahih
- Iaitu sah sanadnya dengan cara membaca dan mempelajari dari seorang guru yang mahir yang mana sanadnya bersambung terus kepada Nabi Muhammad s.a.w. Hendaklah membaca dari awal hingga khatam tiga puluh juzuk al-Quran.
2. Bacaan Yang Bertepatan Dengan Bahasa Arab
- Muafakat bacaannya pada satu wajah diantara beberapa wajah nahu bahasa arab walaupun dengan wajah yang daif. Sekiranya mempelajari al-Quran dengan guru yang mengetahui ilmu nahu, maka masih sah bacaannya, ini menurut pendapat yang sahih.
3) Bertepatan Dengan Menggunakan al-Quran Resam Uthmani
- Iaitu dengan mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan di dalam al-Quran Resam Uthmani seperti Al-Hazaf, Az-Ziyadah, Al-Badalu dan sebagainya.
Maka, setelah anda mengetahui rukun-rukun di dalam bacaan al-Quran maka rukun-rukun tersebut mestilah dilaksanakan seperti anda melaksanakan rukun-rukun di dalam ibadah-ibadah lain.
Semoga artikel syarat dan rukun bacaan al Quran ini bermanfaat.